Thursday, May 31, 2012

tired

ya Allah....penatnya aku hadapi semua putar belit manusia....
semuanya sekadar untuk menyedapkan hati kita...
instinct kita selalunya betul...

susahnya nak tau manusia jujur atau tak dengan kita....
ikhlas kah mereka...kita xtau....
sedihnya hati...pilunya hati hanya Allah yg tahu...

pandainya manusia berlakon....
pandainya manusia memutar belit lidah mereka....
pandainya manusia melemparkan dusta....
semuanya untuk kepuasan diri mereka sendiri.....

ingatlah wahai manusia...
kamu tidak akan bahagia selagi kamu tidak jujur dalam hidup kamu....
selagi kamu tidak jujur dengan diri kamu sendiri...
apa yang kamu mahu dalam hidup kamu...
kamu fikirkanlah....janganlah kau jadikan hati manusia sebagai permainan kamu....

pocketful

Death, car accidents, falling down stairs, being hijacked, being mauled by a bear, are what I would consider as bad things. The saying goes that only bad things happen quickly and perhaps that's true. Maybe bad things have such a brief lifespan when they occur to the reduce the amount of pain you feel when you're hit by a truck or slapped through the face.

I believe that human beings are resilient and that we can bounce back from anything. Sometimes the pain is brief, but the healing process is lengthy, but it makes us appreciate the good things in life so much more. The belief that something better lies ahead, keeps us moving and the patient knowledge that good things comes to those who wait, is what keeps us motivated. So we take the good with the bad, because 'you can't have a rainbow without a little rain.'

May

Assalamualaikum....


Speaking about May 2012.....too many things happened unexpected...
i guess it's my bad hair month maybe...
being in the middle of some circumstances that i've never asked for...
it might be a good month for some of you....but not me....


terlalu byk perkara yg mengganggu fikiran aku kebelakangan ni...
things that only me n myself je yg tau n faham...
rasa kosong....(tetiba terngiang2 lagu najwa latif kat telinga...kosong..kosong..) pfftttt....
mood pn kureng sket la bulan ni.....
hemm....just move on with your life yana...


mak saya selalu pesan...n saya mmg diajar oleh kedua ibu bapa saya...
apa2 yg kita hadapi....jgn tambahkan masalah org atau bebankan org lain....
jika keadaan memaksa atau tersepit...
lebih baik kita yg mengalah n undur diri...
aku dah xnak susahkan sape2 lagi....




aku harap everything's will gets better in time...






Dear June...please be nice to me......

Thursday, May 10, 2012

Kisterrindu

Assalamualaikum...

ok..title tu sbnarnya nama sorang blogger ni....aku letak title tu sbb nk share article yg dia tulis...
so..let's readd!!!!... :)


Seringkali kita menyebut cinta,namun kita tidakkan mampu menafsirnya dengan hanya satu maksud. Cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.
Alangkah rugi dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu amat indah jika kita memahami. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.
Kemudian, datang pula cinta ayah ibu. Cinta yang berkemungkinan menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada  anak-anak tergamak menghantar ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.
Dan paling popular, cinta sesama manusia. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah sekali lagi tertipunya kita dengan "hakikat" ini. Allah menjadikan hati manusia begitu besar dan penuh cinta. Mahu tidak mahu, kita pernah bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita "berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.
Namun, bila pintu hati diketuk, kita kembali membuka hati dan bercinta lagi. Kenapa? Kerana hati itu bukan milik seseorang.   Hati dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya penuh cinta dan kasih sayang.
Kita sayang dan cinta kepada ibu ayah. Lain cara kita menyayangi ibu, dan lain pula cara kita menyayangi ayah. Kita cinta kepada kakak, dan kita sayang kepada abang adik. Kita pernah menyintai A, dan kini kita mencintai B. Bagi seorang insan bernama lelaki, lebih mudah mereka mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.
Menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib atau buruk, kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai McDonalds dan KFC, epal dan oren dalam satu masa. Bukan bermakna bila kita memilih, kita sudah melupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan bervariasi. Rugilah jika kita hanya boleh memilih "satu" sahaja.
Cuma, wanita lebih gerun jika perlu "berkongsi". Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang indah di matanya. Indah itu subjektif.
Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang malang. Seorang lelaki perlu melindungi seseorang wanita yang teraniaya, dan dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita sepertimana lelaki melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara emosi. Itu adalah tautan yang paling kuat.
Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa di hati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat subjektif dan sangat mendalam. Jangan berharap menjadi "yang satu" di hati, tapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh berubah dan diuji.
Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaaan yang indah.Perasaan yang dikongsi itu benar.
Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat~atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati- cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.


Tuesday, May 8, 2012

premier

okay...assalamualaikum.....

hemm..title premier sbb nampak tissue premier depan mata...hentam sajalah labu...
well...sebenarnya nak share video awal ashaari nyanyi lagu anuar zain utk scha time weds diorang...
and awal sgt schuweeeetttt (muncung sket time sbut tu yeee....hahah)

best weh dapat laki camtuh....sayang ko and romantik habisss.....
ok yana....baling harapan dan doa kau kat laut jauh2.....mana tau ada putera impian turun dari langit datang kutip harapan ko...haha..ok dah start merapu..ni smua pengaruh novel and drama melayu yee....tp bukan senang weh nk cari org y betul2 syg n faham kita cam kita syg n cuba faham dia....

yg penting kita jaga keikhlasan hati kita...org lain tu biarlah...sbb Allah kan adil...Dia pasti akan bagi ganjaran ngan org yg sabar....senyumm...senyumm.... ^__^
ok..dah mcm kerang busuk kot....tp kerang bakar sedap owww.... :P

yoshhhhh!!!!!....jom kita berangan....xhabis2 berangan....tp tah kemana jugak aku nih...

"i think i'm moving but i go nowhere..." tetiba terngiang2 lagu n dlm kepala....

okehhh....this is the clip i've mentioned above.....layanzzz..konpem cair tgk awal ni okayyy!!



ok semua...pastikan jgn sampai terbawa ke mimpi ok....haha ;P

Thursday, May 3, 2012

Lega

Assalamualaikum....(xjawab dosa...jawab sayaaanngggg) --> tiru gaya maria sket...

okeyyy....hari ni rasa lega sgt2 coz dah dapat booking tix untuk balik raya...
at least dah lepas satu beban rasanyaa....hehe..
xsabar tahun ni nak balik raya...jumpa family semua...
best jugak jadi perantau ni...lebih menghargai saat2 bila bersama famz kann...
itulah life....belajar dan terus belajar dari pengalaman....banyak aku belajar...
n kalo bleh xnak dah ulang the same mistakes.....
ape yg bleh let go...aku akan let go.....

oh Allah...permudahkanlah perjalanan hidupku....
aminnn...
May Allah bless u all guyss... ^__^  ---> comelkan aku senyumm...ahakzz.. :P