Thursday, February 21, 2013

Tinta Indah Penguat Jiwa :)

Hidup ini adalah suatu perjalanan. Penuh erti, penuh ranjau, penuh duri...
Namun bukan sakit tertusuk duri itu yang penting tetapi nikmatnya apabila duri itu tercabut dari daging. Bagaimana ia dikeluarkan juga betapa ianya penting. Sakit, meraung..tetapi jangan berhenti mengeluarkannya.

Kelak menjadi bisa yg tidak terawat. Dan setelah itu bersyukurlah dengan segala kehendakNya. Sakit tertusuk duri itu mungkin sahaja penyucian kifarah yg dilakukan. Mungkin juga mehnah dari Yang Esa untuk mendidik hati bertabah serta mensyukuri setiap kejadian tanpa keluhan.

UJIAN... Jika ujian di bangku sekolah dapat jua dihafal formula-formula untuk melaluinya. Namun yg bernama ujian hidup adalah yg datang tanpa salam, tanpa diundang. Datangnya dengan kehendak Ilahi yg mahukan manusia memaknakan kehidupan dengan menggunakan akal berbataskan keimanan. Demikianlan didikan Allah. Memanusiakan seorang manusia!

CINTA... Manusia dihidupkan atas cinta. Cinta itu meluas. Cinta kepada Allah, kepada Rasul, kepada ibu bapa, kepada suami, kepada isteri, kepada sahabat. Malangnya cinta yg pernah dijumpai telah disempitkan dan tersepit oleh kurangnya faqih akan hakikat cinta. Cinta itu setia, jujur, kasih sayang, rindu, doa kebahagiaan. Benihlan cinta yang meniti atas dasar iman. Akan redhalan Allah pada cinta itu. Namun sayang seribu kali sayang, cinta itu tercalar keluhurannya. Terselit perkhianatan, ketidakjujuran...dan akhirnya perpisahan... Yang meninggalkan mencari pengganti. Segala janji terlupus begitu sahaja.
Ingatlah bahawa roda kehidupan sentiasa berputar. Hari ini kita mengkhianati. Esok mungkin kita dikhianati. Hari ini kita mencipta luka di hati yang lain, mungkin esok hati kita pula yang akan terluka.

SABAR... Bukan mudah untuk memahami serti sabar apatah lagi untuk melakukannya. Saat derita menjengah rasa, seakan kita sahajalah yang derita. Kita sahajalah yg terluka. Duka itu milik kita. Sedih itu jugak milik kita, sehinggakan kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah yg lainnya. Nikmat Allah yg begitu melimpah ruah jarang disyukuri tetapi bila didatangkan ujian, melaralah sekeping hati. Itu sahaja yg diingat-ingatkan. Demikianlah resan insani.

REDHA... Tidak diuji hambaNya dengan ujian yg tidak mampu ditanggung. Rebah, jatuh dan terduduk, semuanya mengajar kita untuk bangkit kembali. Sedang walangnya hati tertanya bagaimana untuk bagun?? Ya...hanya kekuatan sahaja yg mempu menarik...Maka yg bangun itu bukanlah diri yg lemah. Yang bangun itu adalah jiwa yg kuat. Redha itu adalah menerima dgn lapang dada biarpun tangisan menitis tanpa hentinya namun bertahanlah. Tangisan itu tidak apa apa malahan menunjukkan kita hanyalah hambaNya yg lemah. Serahkan segala urusan pada Dia.

SYUKUR... Alahmdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk Allah. Hari semalah yg berlalu, biarkanlah. Hari ini yg dilalui, nikmatilah. Hari esok bakal tiba bersedialah. Allah sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya, maka kita sebagai hambaNya berkejaranlah mencari yg terbaik itu dengan segala usaha dan bermacam cara yg diredhaiNya. "Fastabiqul khairat" pesanNya.
Jika berlari itu kemudiannya jatuh maka bangkitlah kembali. Tidak mengapa jika tiada tangan yg menghulur bantuan kerana ada 'tangan' yg lebih membahagiakan. Letaklah kebergantungan kepada Allah SWT. Semoga hidup sentiasa diberkati dan dibimbing untuk mencari wangian Jannah.

Semoga beroleh kebahagiaan dalam mencari warna cinta Ilahi..

~~ILuvIslam

No comments: