Assalamualaikum..
sedar xsedar..tahun baru dtg lagi..
azam tahun baru?? hemm..aku rasa azam taun lepas blom tercapai lagi kot..
xpe..sabar..akan sampai masanya...insyaAllah.
mari kita muhasabah taun lepas2 kite..sepanjang taun 2012 ke..
emm..sepanjang 2012..terlalu byk yg berlaku..tonggang terbalik aku kat sini..tp aku still dapat berdiri ngan kaki sendiri...walaupun xde sape kat sisi aku time aku tonggeng terbalik tu kan..aku tau doa mak bapak aku xpernah jauh dari aku..same gak adik2 aku..
hidup aku byk mengajar aku..normal la kan..setiap org mesti ade blaja sesuatu drp life masing2..
ntahla..aku byk kecewa dan terkilan..ni mungkin ujian Allah kat aku kot..
xbanyak yg aku minta..cuma nakkan kehidupan yg baik..gembira...bahagia dan sempurna dengan apa adanya..
bukan harta yg aku kejar..tp nak happy je kot...
insyaAllah aku akan terus gagah mengejar impian aku..sesuatu yg indah mungkin hadir sementara...
yang penting bagi aku sekarang redha mak bapak aku..
byk salah aku ngan diorang...aku nak baiki kesalahan aku..aku nak tebus kesalahan aku...semoga aku xkan ulang kesilapan aku lagi...insyaAllah..
semoga Allah menjauhkan perkara yg xbaik dari kita semua...semua nak yg baik2 kan..sama2lah doa kawan2..
doa kita Allah sentiasa dengar...Dia cuma tunggu masa yg sesuai je utk bagi ngan kita...sebab Dia sebaik2 perancang hidup...
amin ^_^
Friday, December 28, 2012
Thursday, December 6, 2012
Tangisan yang tidak kedengaran
MERAH, HIJAU, PUTIH adalah warna kegemaran Rasulullah..lihatlah betapa Rasulullah telah meimilih mereka awal2 sebagai kesayangan Baginda.
Semoga Allah melindungi kamu Palestin.
amin.
at
11:53 AM
Posted by
Liana
Lumrah Manusia
SUNYI SEKEPING HATI
......
......
.
.Apa pesan ustaz?”
“Pesan saya ialah pesan yang selalu saya bisikan pada diri saya sendiri… jagalah Allah, Allah akan jaga kita. Allah lebih besar daripada masalah kita. Pintalah kepada Allah agar memutuskan sesuatu yang baik buat kita walaupun keputusan itu nanti mungkin berlawanan dengan apa yang kita inginkan!”
“Saya sepi ustaz…”
“Kita akan sepi bila hati kita sepi dengan Ilahi. Bila terpisah dengan Allah, kita akan sunyi walaupun semua orang yang tersayang masih di sisi. Kita boleh kehilangan seorang isteri, tetapi kita tidak mampu ‘kehilangan’ Allah dengan melupakan-Nya.”
“Isteri saya akan kembali?”
“Itu tidak pasti. Hati orang… mana mungkin kita menentukannya. Tetapi yang pasti, tuan telah kembali. Kembali kepada Allah, kembali ke rumahNya ini… hati orang yang berada di rumah Allah tidak akan sunyi.”
Saya teringat bagaimana Rasulullah SAW sendiri mengasingkan diri di tingkat atas masjid Nabawi ketika baginda diuji oleh ragam isteri-isterinya. Begitulah tawaduknya baginda. Baginda pun kembali kepada Allah sewaktu diuji. Lantaran itu, Allah telah menurunkan surah Al Tahrim ayat 5, sebagai penghibur kepada jiwanya. Firman Allah itu bermaksud: “Jika nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan.
Ya, kehilangan acap kali menemukan kita kepada sesuatu yang lebih berharga. Itulah ajaibnya cinta Allah dalam hati hamba-Nya. Hati suami yang mencintai Allah selamanya tidak akan sunyi. Sekiranya dia benar-benar mencintai Allah, dia akan tenang, sama ada ketika isteri masih di sisi atau sudah tiada lagi. Justeru, apabila diuji, kembalilah ke rumah Allah, dan jangan lupakan doa ini: ”Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu. “
Waktu menghampiri jam 11 tengah hari. Saya terpaksa pergi. Ketika melangkah ke luar masjid, mata saya sempat melirik ke arah lelaki tersebut. Dia masih duduk bersimpuh di sana, dengan Al Quran yang terus terbuka di tangannya. Ya Allah, Kau berikanlah ketenangan buat hatinya yang sunyi. Berikanlah kepadanya cintaMU yang sejati! Agar, kami tidak menjadi lelaki-lelaki yang sunyi. Amin.

9:54 AM
Posted by
Liana
Subscribe to:
Posts (Atom)