Thursday, June 28, 2012

terkesan dihati


Sebenarnya aku tidak pernah memikirkan dan menjangkakan aku akan merasai semua ini. Sering aku tertanya-tanya kenapa aku yang dipilih untuk merasainya. Apakah istimewanya aku sehingga menjadi pilihan untuk dibawa ke jalan ini.
Bila melihat diri ini, aku melihat diriku sedalam-dalamnya. Layakkah aku? Aku insan biasa yang sangat biasa. Aku tidak sempurna. Sangat tidak sempurna. Ya Allah, kenapa Engkau begitu menyayangi aku, sedangkan aku di sepanjang kehidupan ini tidak berbuat apa-apa pun demi agama-Mu. Kenapa Engkau memilih untuk menyelamatkan aku? Sedangkan aku sebelum ini tidak berusaha untuk mendalami agama-Mu.
Pada satu saat diri bersendiri, teringat pada kalamNya yang bermaksud:-
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.""(surah Ali-Imran: Ayat 133)
Dalam sujud aku menangis tanda kesyukuran dan rasa malu kepada Penciptaku. Dalam sujud aku memohon kemaafan pada Sang Pencipta. Terdetik di hati ini, walau bagaimanapun kekurangan yang ku rasai, aku masih seorang manusia ciptaan-Nya yang Maha Agung. Begitu tidak patut untuk aku  menghina diri sendiri yang merupakan salah satu ciptaan dari-Nya yang maha Esa. Dari rasa itu aku bangkit. Bangkit sebagai seorang aku yang baru.
Dalam hati aku yakini..
"Pertolongan-Nya tidak pernah terhenti!.. "
Namun, adakalanya aku merasa seperti seorang yang baru dilahirkan. Aku seperti bermula dari kosong. Terbit rasa jauh ketinggalan dan kadang kala rasa malu. Betapa ceteknya ilmu di dadaku, betapa aku tidak mengenali-Nya dan mendalami ilmu-Nya. Aku seakan-akan ingin berlari dan bersembunyi daripada orang yang sudah berada jauh di hadapanku.
Dan kubisikkan lagi...
"Pertolongan dari Allah tidak pernah terhenti. Allah mengurniakan hamba-Nya yang tak jemu-jemu membantuku yang serba tidak tahu ini. Allah memberi kekuatan kepada orang yang terdekat denganku untuk tidak pernah lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Dari situ aku mula merangkak, kemudian ku cuba untuk berdiri. Walaupun kadangkala aku jatuh beberapa kali, tapi kali itu jualahi aku lebih berusaha untuk cepat bangkit."
Jujur, semua ini tidak mudah untukku. Memerlukan pengorbanan demi pengorbanan yang kadangkala mencarik-carik hati dan perasaanku.
Di jalan ini...
Aku seakan-akan merasai perasaan jatuh cinta kali pertama. Jatuh cinta dengan Penciptaku. Jatuh cinta untuk berjuang demi agama tercintaku. Jatuh cinta untuk terus kuat.. Walaupun jalan ini tidak mudah, tetapi dari jalan ini aku membina kekuatan. Dan dari jalan ini juga aku memperoleh kematangan.
Kini, aku sudah mampu untuk berdiri dan akan terus melangkah. Aku berharap selepas ini aku bukan sahaja mampu berdiri tapi mampu untuk terus berlari di jalan ini. Ke sesuatu destinasi yang lebih besar dalam kehidupanku. Suatu perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Aku harus bersedia. Ya, akan sentiasa bersedia.
Terima kasih kepada yang tidak lelah meminjamkan semangatnya kepadaku. Semoga apa yang bakal aku lalui di hari-hari mendatang dapat membawa manfaat kepada diriku dan isi dunia ini. Semuanya ku lakukan demi Dia Rabb ku yang tercinta. Di akhir pengharapan, aku berharap agar aku, dia dan semua akan bertemu hingga ke syurga sana.
Apa yang pasti.. Terima kasih kepadaNya. Atas kurniaan ini, kerana DIA aku masih berada di jalan ini...


Syaaban

Syaaban datang...


xsampai sebulan lagi...Ramadhan akan menjelma..
semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari yang sebelumnya....
syukur sgt2 Allah masih bagi peluang untuk aku bertemu Ramadhan....
rindu saat2 tarawikh bersama keluarga....


permudahkanlah perjalanan hidupku ya Allah
tegarkanlah hati aku....amin

Friday, June 22, 2012

hamekk...

21 Ciri Lelaki Layak Dijadikan Suami

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.


Anda berharap pada lelaki idaman atau Allah Maha Cinta?
Berharaplah pada Pencipta Cinta, mohon padanya.. Antara dua sahaja yang akan jadi jika anda berdoa : DIA akan beri apa yang kita mohonkan atau beri yang lebih baik. Andai ujian ditimpakan, hikmahnya itulah lebih baik dari apa yang kita mohonkan.





Cinta tu bukan pada harta...rupa....semua tu boleh hilang bila2 masa.....
hati yang penting....ingat senang ke nak cari yang satu hati ngan kita....walaupun harta dah xde...rupa pun dah xde...tapi hati tetap hati tu juga kan,jagalah hati yang dah ada tu....fikir fikirkanlah kawan2... :)

Thursday, June 21, 2012

quotes

orang yang kita sayang hari ni...xsemestinya boleh membahagiakan kita pada hari esok....
kan....

Sunday, June 17, 2012

A Bitter Truth

Assalamualaikum....

jika anda....anda lebih sanggup untuk hidup yang manis tapi penuh penipuan...
ataupun kehidupan yang 'pahit' tapi ianya adalah kebenaran....

bagi aku....
a bitter truth is better than a sweetest lie....

at least i'd live in an honest way right....

muhasabah2....dunia hanya sementara...
yang bahagia juga cuma sementara...

^__^

Friday, June 15, 2012

Judgemental


assalamualaikum

bercakap pasal judgement...subjektif betul pasal judgement ni..
judgemental yg sentiasa ada di kalangan manusia2 yg saya sendiri xtau macamane nk cakap...
benda ni semua semua org pernah alami kot...sama juga dgn saya...

saya juga xleh nk lari dari sikap ni yg kadang2 dtg dlm fikiran saya...
tpi saya cepat2 tepis n nak elak drp pk bnda buruk pasal org...
astaghfirullah....banyak dosa hati yg telah saya lakukan tanpa saya sedari...

sebagai manusia....kita xde hak nak judge manusia kan..
sebab kita xtahu apa yg org tu alami...apa yg org tu lalui..
what they have been through in their life...ups and downs...semua perkara...

saya ada berhadapan dengan org yg tahu bercakap secara postif tapi attitude atau feedback yg dia bagi sangat negatif...
saya tau saya juga xperfect...tapi sekurang2 nya saya tak menghukum org lain dgn cara menunjukkan attitude negatif kepada mereka..
masih ada rasa belas ihsan n kemanusiaan dalam diri saya ni...
jagalah manner...sopan santun anda...fikir lah perasaan org lain jugaa...

kamu xtau...jadi kenapa kamu suka2 mentafsir manusia dgn tohmahan yg bukan...
kamu dah cuba memakai kasut mereka kah...yg mereka pakai melalui liku2 hidup mereka setiap hari
yg sdikit pn kamu tidak ketahui...
kamu siapa untuk menilai manusia....kita siapa....
ini pn peringatan untuk diri saya sendiri juga..

setiap perlakuan n kata2 yg kamu keluarkan..
fikirkanlah dahulu....bak kata org putih..think b4 u talk right??
macamana kalau kamu berda di tempat org tu...n org tu buat perkara yg sama...
apa kamu rasa...
kita ni manusia biasa...
semakin hari usia kita semakin bertambah...
sepatutnya fikiran kita pun biarlah matang....xdapat banyak sedikit pn jadilah...

saya tau bukan senang berhadapan dengn kerenah manusia yg kita xsuka..
tapi perlu ke kita pn jadi buruk macam mereka...xde guna pn buat mcm tu kan..
lebih berhikmah jika kita ambil pengajaran dari kesilapan mereka...atau mungkin itu juga
kesilapan kita sendiri...
biarkanlah dia..mungkin dia pn dah atau akan belajar daripada kesilapan dia...
ingat..kita bukan sesiapa untuk menilai...

sebelum menuturkan sesuatu...menjaja cerita yg bukan2..
fikirlah dahulu...tentang keadaan dia...tentang situasi dia...tentang perasaan dia....
xsalahkann...
memberi kemaafan saya tau bukan senang nak buat..
tapi cubalah...cubalah...dan cubalah....
saya juga berusaha untuk memperbaiki diri saya...
saya harap awak pn sama...

sekian...semoga Tuhan bka pintu hati saya dan awak juga...

Wednesday, June 13, 2012

RDBMS

Assalamualaikum..

today jari2 rasa nak menari2 atas keyboard comel i ni kan...
while waiting for my class to started at 11...
xlama je lg...

so...consequences kepada title RDBMS....Relational Database Management System...
is one of the subject yg agak complicated la bgi aku...
this semester aku kene ajar subject tu...so nak xnak..aku kene study n give my best for this time...
insyaAllah...

by the way...
i'm moving out to a new house again...
flat...tp okla....janji ada privasi untuk aku n aku rasa selamat...
rumah pun bersih.....oh Allah..permudahkanlah urusanku..
nanti mintak tlg kawan pak penakan aku untuk buat solat hajat sket...insyaAllah...

mood saya hari ni rasa blessed....
sebab saya tahu Allah sayang saya... :))